Adab dan sunnah Nabi s.a.w #326.
Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w ditanya, siapakah yang paling mulia di antara manusia? Baginda s.a.w menjawab, "Setiap orang yang hatinya Makhmum dan lidahnya jujur." Sahabat r.hum bertanya, "Kami tahu seorang yang lidahnya jujur, tetapi apa yang dimaksudkan dengan hati Makhmum?"
Baginda s.a.w menjawab, "Makhmum ialah orang Muttaqin (menjauhkan diri dari keburukan kerana takut kepada Allah) dan bersih hatinya, bebas dari segala dosa dan kesalahan, tidak mempunyai sedikit pun perasaan dengki atau irihati padanya."
Hadis Riwayat Ibnu Majah
Tidak ada komentar:
Posting Komentar